Thursday, June 19, 2008

PM mungkin akan letak jawatan dalam masa terdekat?

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan melepaskan jawatannya secepat mungkin sebelum usul undi tidak percaya di bawa ke Dewan Rakyat.

"Saya pernah ingatkan dahulu bahawa Najib dan Abdullah adalah liabiliti kepada negara, malah parti BN itu sendiri adalah beban kepada rakyat.

"Justeru bagi saya bukan sahaja Abdullah perlu melepaskan jawatan, sebaliknya undi tidak percaya perlu dibuat kepada kerajaan BN seluruhnya dan gantikan dengan kerajaan yang baru,"

Di pihak Pakatan Rakyat sendiri, pakatan akan membincangkan hal ini semasak-masaknya kerana bimbang kemungkinan taktik ini hanya akan menyebabkan peralihan kepimpinan bukan kerajaan.

"Apa yang penting dan boleh menyelamatkan rakyat ialah dengan hanya menukar kerajaan,"

Paling penting dalam hal ini, rakyat adalah perkara pokok yang perlu diambil kira oleh seluruh ahli Parlimen BN dalam membuat keputusan

Semalam, pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) dikatakan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya

Kenaikan 100% gaji CEO TNB melampau, tidak berhati perut!

Kenaikan gaji 100 peratus bagi CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu tindakan yang tidak berhati perut pada masa rakyat sedang bergelumbang dengan kenaikan bahan api yang melampau

Rakyat yang juga pengguna TNB telah menyumbang keuntungan berganda kepada syarikat GLC itu tidak mendapat apa-apa daripada keuntungan sebaliknya terus dibebani dengan pelbagai kenaikan.

"Rakyat terus terhimpit dengan kenaikan petrol baru-baru ini dan pada Julai nanti pula rakyat akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, sedangkan CEO mereka mendapat kenaikan gaji sekali ganda di atas beban yang dipikul rakyat.

"Kenaikan gaji CEO itu menyebabkan wujud jurang pendapatan yang terlalu besar antara pegawai GLC dengan pengguna,"

Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional Berhad tidak menggunakan kuasanya sebaliknya hanya menyerahkan keputusan kepada Pengarah Urusannya iaitu Tan Sri Azman Mokhtar.

"Abdullah sepatutnya bertanggung jawab dalam hal ini tidak boleh serah bulat-bulat kepada Azman untuk tentukan kenaikan atau pertambahan gaji di kalangan CEO GLC termasuklah CEO TNB,"

Pengguna TNB yang membayar tarif elektrik walaupun RM10 setiap bulan, sekurang-kurangnya mereka juga penyumbang kepada keuntungan kepada TNB.

Sepatutnya keuntungan TNB dikongsi bersama dengan pengguna kerana penggunalah TNB mampu berdiri sebagai syarikat gergasi yang mendapat keuntungan berterusan.

Pengguna sepatutnya dijadikan salah satu pemegang syer TNB dan sudah sampai masanya syarikat itu membuat kaedah untuk memberi pulangan kepada pengguna.

"Jangan hanya pandai memotong bekalan elektrik sahaja apabila pengguna lewat membayar elektrik,"

Wednesday, June 18, 2008

Monday, June 16, 2008

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

Hadith :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(al-Bukhari)

Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.


PM cuba memperbodohkan rakyat dengan cadangan pelik

Saya pelik dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum lalu

Beliau mempersoalkan apakah PM masih tidak faham atau sengaja 'buat-buat tidak faham' dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan Persekutuan.

Cadangan PM itu jelas cuba memperbodohkan rakyat khususnya bagi mereka yang tidak faham dengan Perlembagaan kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Abdullah sudah tentu faham untuk menurunkan harga minyak, gas, tol dan sebagainya merupakan kuasa kerajaan Pusat. Kenapa pula beliau hendak mencabar lima buah negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan minyak terlebih dahulu," tegasnya.

Jika PM mahu lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga minyak apakah beliau bersedia memberikan hak atau kuasa kepada kerajaan Pakatan Rakyat memungut cukai pendapatan.

hujah PM hanya mahu mempengaruhi orang kampung seolah-olah PAS hanya pandai berjanji sedangkan jika diteliti janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Jika Abdullah mahu kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji menurunkan harga minyak katanya, PM perlu letak jawatan dan beri peluang kepada PAS untuk memerintah.

"Insya-Allah PAS bukan saja boleh menurunkan harga minyak bahkan mampu menjana pertambahan pendapatan kepada negara dalam suasana berlakunya kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa,"


Ugutan Dr M: Mengapa tunggu 11 tahun?

Mengapa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ian H C Chin tidak mendedahkan ugutan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada hakim-hakim sebaik sahaja ugutan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri.

"Saya mengalu-alukan keberanian Chin tetapi mengapa beliau menunggu kira-kira 11 tahun untuk mendedahkannya? Mengapa dedah kejahatan orang yang sudah tidak lagi berkuasa?

"Jika sikap Chin mencerminkan sikap hakim-hakim lain, kita bimbang rakyat akan terpaksa menunggu sehingga 11 tahun lagi untuk mendengar pendedahan mana-mana hakim mengenai kejahatan mana-mana pihak yang sedang berkuasa kini, jika kejahatan masih lagi berlaku,"

Sebelum mendengar petisyen pilihanraya kawasan Sarikei Isnin lalu, Chin memberitahu kedua-dua belah pihak terbabit bahawa Dr Mahathir pernah mengugut hakim-hakim dalam satu persidangan pada 1997 untuk melucutkan jawatan mereka melalui penubuhan sebuah tribunal.

Chin mendakwa, sebulan kemudiannya, beliau serta beberapa hakim dan pegawai kehakiman telah dihantar menghadiri kem indoktrinasi, supaya memberi keutamaan kepada kepentingan kerajaan.

Adakah Chin atau mana-mana hakim yang menghadiri persidangan dalam tahun 1997 itu telah membuat laporan kepada polis sebaik sahaja diugut oleh Dr Mahathir. "Jika ada mana-mana hakim atau mana-mana pihak yang mendengar ugutan Dr Mahathir dalam persidangan 1997 itu telah membuat laporan polis, kita ingin tahu adakah polis telah menjalankan penyiasatan dan jika penyiasatan dijalankan, apakah perkembangannya,"

Jika Chin atau mana-mana hakim lain yang mendengar ugutan itu tidak membuat laporan polis atau apa jua tindakan yang sewajarnya sebaik sahaja Dr Mahathir membuat ugutan sedemikian, rakyat akan tetap mempersoalkan keberanian, kewibawaan dan harga diri mereka

"Rakyat akan tetap mempersoalkan adakah negara ini dipenuhi oleh hakim-hakim yang tidak beretika, tidak ada kewibawaan, tidak ada harga diri, penakut atau lebih tepat lagi tidak ada kejantanan jika mereka lelaki,"

"Beliau tidak terlepas dari sangkaan bahawa pendedahannya itu didorong oleh pihak tertentu yang berkepentingan yang kini sedang menghadapi begitu banyak serangan dan kecaman Dr Mahathir. Chin yang tidak berani mendedahkan ugutan Dr Mahathir ketika bekas Perdana Menteri itu berkuasa mesti membuktikan bahawa beliau tidak diperalatkan mana-mana pihak yang sedang berkuasa kini untuk membuat pendedahan itu,"

"Apa jaminan suruhanjaya kehakiman itu tidak akan diperalatkan menjadi jentera mengugut para hakim dealam soal kenaikan pangkat mereka?"

Peralihan kuasa, PM dan TPM perlu berundur bagi selamatkan negara

Formula peralihan kuasa seperti yang dipersetujui Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib Tun Razak bukan jalan terbaik bagi menyelamatkan negara dan rakyat dari kesengsaraan 'terlampau' mutakhir ini .

Sebaliknya, kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu perlu melepaskan jawatan masing-masing kerana mereka adalah liabiliti negara.

"Mereka adalah pemimpin yang menjadikan rakyat terus sengsara, negara berada dalam keadaan tidak menentu, pentadbiran cukup lemah dan rakyat terus tertekan dengan pelbagai dasar mereka yang tidak tentu,"

Perdana Menteri seorang pemimpin yang lemah dan tidak mampu mentadbir negara dengan bijaksana.

Sementara Najib adalah seorang yang sangat dikenali dengan dakwaan skandal-skandal tertentu termasuk dalam isu pembelian peralatan ketenteraan, kapal selam dan jet pejuang yang menjadi sebutan ramai.

"Kedua-dua mereka adalah liabiliti kepada negara, justeru kedua-duanya perlu melepaskan jawatan masing-masing bagi menyelamatkan negara,

"Formula yang mungkin berkesan bagi mengatasi masalah negara ini ialah, saya menyeru kepada seluruh ahli parlimen BN termasuk Umno menyertai Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan sekaligus menyelamatkan negara dan rakyat yang kini berada dalam keadaan kritikal,"

Jika perkara ini lambat dilaksanakan, beliau bimbang negara dan rakyat akan terus berada dalam keadaan yang tidak menentu dengan kerana kelemahan pemimpin Umno/BN yang mentadbir negara ini.

Thursday, June 12, 2008

Sidang Media Isu Kenaikan Harga Minyak


Sidang media yang diadakan pada 10/6/2008 pukul 2.30 petang di tingkat 4 Bangunan PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
.
Isu yang dibentangkan tentang kenaikan harga minyak.
.

Wednesday, June 11, 2008

Harga Minyak Dan Kerajaan Bn Tahi Minyak

KENAIKAN harga bahan api secara mendadak yang diumumkan oleh kerajaan minggu lepas bukan sekadar menggemparkan rakyat, tetapi menimbul persoalan di benak rakyat apakah wajar kenaikan ini berlaku. Semua rakyat tahu tentang kenaikan harga minyak dunia yang sudah melebihi USD130 setong. Tetapi rakyat bertanya bukankah Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport minyak yang telah mengaut untung besar kesan kenaikan ini. Sebelum ini pun Menteri Kewangan II pernah menyebutkan tentang rahmat kenaikan harga minyak yang boleh menambahkan pendapatan negara berkali-kali ganda.

Yang anehnya, para menteri dan media massa lebih betah memperkatakan kesan-kesan kenaikan subsidi kepada pembangunan negara ekoran kenaikan harga minyak. Menteri Pengajian Tinggi misalnya menggambarkan kepada rakyat bahawa RM800 juta terpaksa dikurangkan daripada peruntukan untuk kementerian tersebut kerana membiayai subsidi. Benar atau tidak itu soal kedua. Yang penting rakyat harus diberitahu bahawa Negara kita mendapat keuntungan berganda daripada kenaikan harga minyak ini. Adakah wajar kita menggambarkan kenaikan ini sebagai satu musibah semata-mata kerana terpaksa menaikkan harga minyak, sedangkan ia patut dilihat sebagai rahmat kerana kita pengeksport minyak yang layak menjual dengan harga lebih murah kesan keuntungan berganda ini.

Apabila kerajaan mendakwa penstrukturan semula harga minyak tidak memberikan keuntungan kepada kerajaan, ia adalah satu pembohongan pada siang hari. Rakyat ditipu hidup-hidup. Kerajaan telah mengaut untung yang besar sebagai pengeksport kerana kenaikan harga ini, sedangkan perbelanjaan telah susut dengan pengurang subsidi besar-besaran. Sudah tentu berlaku lebihan pendapatan kerana minyak yang dikeluarkan oleh Malaysia ialah 600,000 tong sehari, manakala penggunaan hanya sekitar 400,000 tong sahaja. Di sini pun sudah ada keuntungan atau lebihan yang dicatat, belum mengambil kira pengurangan subsidi dan perbezaan harga import eksport ekoran perbezaan kualiti minyak. Rakyat harus memahami bahawa minyak yang digunakan di dalam Negara adalah merupakan minyak yang diimpot dari luar Negara yang mana kualitinya rendah dan harganya lebih murah iaitu USD 135 setong berbanding dengan harga minyak yang dikeluarkan oleh Negara kita iaitu USD 145 setong.

Hakikat ini telah diakui sendiri oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zetti Akhtar Aziz yang memberitahu bahawa pendapatan Negara akan meningkat antara RM100 juta hingga RM200 juta setahun hasil kenaikan harga minyak sebanyak USD1. Ia turut diakui oleh Menteri Kewangan, Tan Sri Nor Mohd Yaakub. Beliau menegaskan bahawa rakyat tidak perlu bimbang kerana ekonomi negara akan semakin kukuh dan kenaikan ini menjadi rahmat kepada negara kita. Jika kita mengandaikan Negara kita memperolehi tambahan pendapatan RM200 juta di atas kenaikan USD1, maka kenaikan USD60 semenjak kenaikan terakhir harga minyak pada 2006, bermakna kita mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM12 bilion. Sedangkan apa yang berlaku dalam pengstrukturan semula subsidi harga minyak baru-baru ini, kerajaan mendakwa berjaya menjimatkan hampir RM 14 bilion. Ini bermakna kerajaan mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM 26 bilion. Ini membuktikan bahawa Dato’ Shahril Abd Samad berbohong kepada rakyat mengenai kerajaan tidak mendapat keuntungan daripada pengstrukturan semula harga minyak.

Kita tidak boleh menerima alasan bahawa dengan mengurangkan subsidi ini kita telah menjimatkan sekitar RM14 bilion, sedangkan penjimatan sebanyak RM4.5 bilion sebelum ini langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Tidak ada peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi yang ada adalah peningkatan kos pengangkutan. Maka, penjimatan kali akan diagihkan kepada sektor mana pula? Apakah benar-benar berbaloi untuk rakyat menambahkan perbelanjaan sehingga 40 peratus untuk petrol sahaja, sedangkan kualiti perkhidmatan tidak bertambah.

Kerajaan sebenarnya harus keluar daripada kejumudan pentadbiran mereka bagi mencari satu pendekatan yang boleh menambahkan pendapatan Negara, jika itu menjadi alasan untuk menghapuskan subsidi. Lihatlah apa yang dibuat oleh Iran dan Venezuela yang mengalih transaksi minyak mereka dari USD kepada Euro. Negara dijangka dapat menambah sehingga 15 peratus pendapatan jika transaksi ini dibuat menggunakan euro kerana mata wang Eropah ini lebih kukuh. Mengapa kita harus terus terikat dengan Dollar sedangkan mata wang itu semakin lemah hari ini. Dahulu pemimpin BN menuduh pemimpin PR di Perak tidak tahu mencari wang sebagai pendapatan kerajaan, hari ini kerajaan BN mengambil kesempatan untuk menindas rakyat, bukannya mencari alternatif pandapatan bagi membela kepentingan rakyat.

Satu lagi pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan ialah dengan mengenakan cukai durian runtuh ke atas syarikat-syarikat berkaitan cari gali petroleum, khususnya syarikat asing. Pendapatan mereka telah meningkat ekoran kenaikan harga minyak, tetapi rakyat sebagai ‘tuan punya’ minyak semakin menderita. Syarikat asing seperti Shell, Exxon, Ludin, Total dan lain-lain termasuk Petronas patut dikenakan cukai durian runtuh ini apabila harga minyak melepasi satu tahap harga tertentu. Sama ada harga syiling ini ditetapkan mengikut nilai setong atau nilai keluaran, yang penting keuntungan tanpa jangkaan mereka akibat kenaikan harga minyak ini dicukaikan seperti mana cukai durian runtuh dikenakan ke atas minyak sawit dan IPT.

Malaysia sudah mengamalkan dasar percukaian ini ke atas minyak sawit dan ITP, maka mengapa ia tidak boleh dilaksanakan ke atas minyak sebagai timbal balik untuk membiayai kos subsidi. Keuntungan ini jika tidak dicukaikan ia akan memberikan manfaat yang besar kepada syarikat asing, sedangkan rakyat sendiri menderita. Adakah kerajaan tidak tergamak untuk mengenakan cukai tambahan ini kerana adanya Amerika Syarikat dan Zionis di belakang syarikat-syarikat tersebut. Jika kita mengandaikan cukai ini dikenakan sebanyak 10 peratus, bermakna negara akan mendapat sebanyak USD 7.8 bilion berdasar keluaran minyak 600,000 tong sehari pada harga USD13 setong.

Dengan pendapatan sebanyak itu, kerajaan tidak lagi perlu bimbang untuk membiayai subsidi dan pembangunan negara sekali gus. Bahkan, kerajaan boleh menstrukturkan semula pembelanjaan negara dengan mengurangkan defisit. Mengapa kita takut untuk melakukan satu reformasi terhadap kewangan Negara berasaskan sumber kekayaan yang begitu besar. Kekayaan hasil minyak adalah milik rakyat, dan ia harus ditadbir dengan berkesan supaya rakyat memperoleh manfaatnya, bukannya terpaksa hidup dalam ketakutan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak. Kita boleh terima jika harga beras terpaksa naik kerana kita mengimport beras. Tetapi kita adalah pengeksport minyak, maka mengapa rakyat terpaksa membayar lebih untuk membeli minyak.

Rakyat telah mendengar empat langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk mengurangkan beban kenaikan harga minyak ini. Antaranya ialah penjimatan perbelanjaan sektor awam dengan mengurangkan pembaziran yang hanya bernilai RM 2 bilion sahaja termasuklah mengurangkan elaun keraian Perdana Menteri dan anggota kabinet. Kita berasa pelik apabila langkah penjimatan dibuat selepas harga minyak dinaikkan. Mengapa penjimatan atau menghapuskan pembaziran ini tidak dibuat lebih awal dan segala kebocoran dalam perbelanjaan kerajaan boleh disalurkan untuk mensubsidi rakyat dan harga minyak tidak perlu dinaikkan. RM 2 bilion penjimatan selepas pengumuman kenaikan harga minyak termasuk pemotongan 10% elaun Perdana Menteri dan kabinet sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan kepada meringankan beban rakyat. PM dan anggota kabinet hanya kekurangan 10% daripada pendapatan mereka tetapi rakyat terbeban dengan lebih 40% kesan kenaikan harga minyak. Sedangkan perjalanan harian PM dan anggota kabinet ditanggung sepenuhnya oleh wang rakyat. Dan RM 2 bilion penjimatan yang diumumkan jika dibahagikan dengan 27 juta rakyat Malaysia, rakyat hanya akan memperolehi RM 74 setahun atau 20 sen sehari sedangkan pemimpin negara masih boleh bercuti keluar negara walaupun hanya dihadkan di negara-negara asia sahaja termasuklah ke Mongolia, Jepun, Dubai dan sebagainya, sudah tentunya sejumlah wang rakyat akan dibelanjakan untuk tujuan tersebut. Sepatutnya Perdana Menteri mengumumkan beliau dan semua anggota kabinet tidak layak untuk menerima gaji dan elaun kerana mereka tidak bekerja untuk membangunkan negara dan mengeluarkan rakyat daripada bebanan hidup. Kerajaan juga sewajarnya menghapuskan projek-projek membazir dan menghapuskan tender runding reka dan bina kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu hampir sekali ganda daripada kos tender terbuka.

Banyak lagi projek-projek membazir dijalankan oleh kerajaan seperti menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Belia Asia (CYC) yang menelan kos hingga RM17 juta, tetapi diakui oleh Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sebagai tidak bermanfaat untuk Negara dan pembangunan bola sepak. Begitu juga projek seperti Taman Tamadun Islam di Terengganu yang menelan hampir RM1 bilion. Petronas sendiri membazirkan wangnya dengan banyak untuk orkestra di KLCC, termasuk membelanja sehingga RM3.5 juta sebulan untuk membayar gaji 105 orang pemuzik orchestra yang majoritinya rakyat asing. Maka, bagaimana Petronas boleh bersungut tentang peningkatan kos pengurusannya mencecah 200 peratus, sedangkan pembaziran begitu banyak berlaku. Jika dikaji Laporan Ketua Audit Negara, kita akan dapati begitu banyak pembaziran dalam perbelanjaan awam. Sepatutnya pembaziran ini telah lama diatasi.

Kesan kenaikan harga minyak ini memberikan dampak yang besar kepada kuasa beli rakyat. Jika kita mengandaikan setiap rakyat menggunakan 2000 liter petrol setahun dengan pandapatan perkapita sebanyak RM46,080, bermakna rakyat Malaysia yang mengeksport minyak telah menggunakan sejumlah 11.72 peratus pendapatannya hanya untuk membeli petrol sahaja. Berbanding Singapura yang mengimport minyak, berasaskan perkapita setinggi RM156,480, mereka hanya menggunakan 6.65 peratus pendapatan untuk membeli petrol yang berharga RM5 seliter. Di negara pengeluar minyak yang lain seperti Venezuela, rakyat hanya memperuntukan 0.78 peratus daripada pendapatan perkapita untuk membeli petrol.

Adakah kerajaan berfikir bahawa dengan duit rebet sebanyak RM625 setahun itu rakyat telah terbela? Bukankah ianya hanya bernilai tidak sampai RM1.70 sehari. RM1.70 itu tidak bermakna bagi pengguna motosikal apatah lagi pengguna kereta yang telah kehilangan kuasa beli berkali ganda, tidak termasuk kos kenaikan barangan dan perkhidmatan lain. Lagipun pembayaran ini hanya sehingga Mac 2009. Yang kita nampak ialah pembayaran rebet ini akan menguntungkan Pos Malaysia sebagai syarikat pembayar kerana mereka boleh meniagakan wang tersebut sebelum pembayaran dibuat. Mengapa Pos Malaysia? Adakah kerana ECM Libra mempunyai kepentingan di dalamnya?

Apapun beban yang rakyat tanggung, sepatutnya seluruh rakyat patut berterima kasih kepada sesiapa yang baru menyertai atau menyokong Umno/BN kerana sokongan mereka ini telah menyumbang kepada keyakinan Umno/BN untuk menaikkan harga minyak. Mungkin jika mereka tidak menyokong Umno ketika bekas presidennya pun menarik diri dari Umno, mungkin Umno terpaksa berfikir dua kali untuk menaikkan harga minyak ini. Biarlah ia menjadi pengajaran kepada orang yang menyertai Umno/BN atau bekerjasama dengan Umno/BN atau berhasrat untuk menyertai kerajaan BN bagi menindas rakyat melalui kenaikan harga minyak ini.

Tiada rundingan dengan Umno, PAS tidak akan khianati mandat rakyat

Saya menafikan laporan dakwaan adanya rundingan sulit antara PAS dengan Umno selepas Pilihan Raya Umum lalu, apatah lagi dakwaan untuk bergabung.

Saya menyifatkan laporan dan sms mengenai perkembangan itu sebagai satu fitnah.

laporan yang mendakwa PAS telah menghantar satu rombongan perundingan dengan Umno bagi menyertai BN atau membentuk kerajaan campuran adalah tidak benar. Penyebaran berita seumpama itu sebagai hanya 'mainan politik' dan perang sarah media tertentu memburuk-burukkan PAS.

Penyebaran fitnah itu juga hanya mahu mengucar-kacirkan parti-parti yang bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PAS tidak sama sekali terfikir untuk mengkhianati mandat dan menghakiskan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.

Monday, June 9, 2008

KEMALANGAN JALAN RAYA

Saya terlibat di dalam sebuah kemalangan di Lebuh raya Ipoh - Kuala Lumpur. Doktor mengesahkan tiada apa- apa kecederaan yang serius tetapi mengalami sedikit kesakitan di bahagian tulang rusuk , dan doktor juga menyarankan supaya lebih berehat untuk kembali pulih seperti biasa . Doakan kesihatan dan kesejahteraan saya . Wassalam

Thursday, June 5, 2008

Harga baru minyak sepatutnya dibahas di Parlimen

Harga minyak mungkin tidak perlu dinaikkan jika kerajaan mengambil sikap terbuka dan membincangkannya terlebih dahulu di Parlimen.

Saya menggesa kerajaan menarik balik kenaikan harga minyak yang diumumkannya semalam dan membincangkannya terlebih dahulu di Parlimen.

"Walaupun kenaikan harga minyak berada dalam bidang kuasa kerajaan, tetapi oleh kerana kenaikan berskala besar kali ini pasti akan memberi kesan yang menindas kehidupan rakyat, ia hendaklah ditarik balik atau sekurang-kurangnya ditangguhkan sehingga perbincangan yang menyeluruh dengan semua pihak dibuat,"

kenaikan harga yang sebegitu kejam terhadap rakyat tidak patut dibuat secara tergesa-gesa tanpa perbincangan yang menyeluruh dengan semua pihak termasuk membentangkannya di Parlimen.

"Saya yakin, jika kerajaan membentangkan perkara ini di Parlimen terlebih dahulu, kesemua wakil rakyat boleh memberikan pelbagai pandangan yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan.

"Malah, mungkin harga minyak tidak perlu dinaikkan dengan pelbagai pandangan yang diberikan,"

Saya bimbang kenaikan harga sehingga 78 sen bagi minyak petrol dan RM1 bagi minyak diesel kali ini akan menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

"Sebelum ini, hanya Malaysiakini yang membayangkan harga minyak mungkin dinaikkan semalam. Media-media pro-kerajaan tidak kelihatan memberikan sebarang isyarat harga minyak akan dinaikkan semalam malah membayangkan harga minyak akan dinaikkan pada bulan Ogos.

"Soal kredibiliti media-media tersebut tersebut tidak perlu dibincangkan. Masalahnya rakyat tidak diberikan sebarang isyarat bahawa harga minyak akan dinaikkan semalam untuk membolehkan mereka bersedia dan membuat pengubahsuaian,"

Rakyat kini begitu resah dan panik dengan kenaikan harga berskala besar yang begitu mengejut, kata beliau sambil membayangkan kenaikan harga barang pasti akan menyusul.

"Huru-hara mungkin akan berlaku jika rakyat tidak mampu menanggung lagi kesan kenaikan harga minyak yang pasti akan berjangkit dengan begitu cepat kepada barangan lain,"

Saya percaya, masih belum terlambat lagi kerajaan menarik balik kenaikan harga minyak itu dan membincangkannya dengan menyeluruh dengan semua pihak termasuk Ahli-Ahli Parlimen, persatuan-persatuan pengguna, ahli-ahli akademik dan lain-lain sehingga satu keputusan yang tidak menindas dan begitu kejam terhadap rakyat dapat dibuat.

Kenaikan harga minyak, hadiah kerajaan 'PM terlampau'

Pengumuman kenaikan harga minyak (diesel RM1.00 dan petrol RM0.78 sen) oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai hadiah dari kerajaan 'PM terlampau' kepada rakyat.

kerajaan Abdullah Badawi sekali lagi menipu rakyat dengan tanpa sebarang petanda terus mengumumkan kenaikan harga minyak pada tahap tertinggi, sedangkan sebelum ini menyatakan kenaikan harga bahan bakar akan dikaji dan berkemungkinan berlaku pada Ogos ini.

"Ini keputusan dari kerajaan yang terlampau, rakyat dihadiahkan dengan kenaikan RM0.78 sen harga petrol sementara diesel sehingga RM1.00; satu kenaikan tertinggi yang pernah dicatatkan,"

"Dengan tindakan ini, rakyat dihumban kerajaan Umno/BN kepada satu kehidupan yang lebih teruk tanpa sebarang belas kasihan,"

Tindakan ini sekali lagi satu penipuan di mana sebelum ini semasa pilihan raya umum yang lalu, kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak.

Sebaliknya selepas tiga bulan pilihan raya umum berlalu dengan rakyat hampir menolak kerajaan yang ada, kerajaan BN membalas dendam dengan menaikkan harga kepada tahap yang melampau.

"Kita akan berbincang dengan NGO dan Pakatan Rakyat untuk membuat tindakan bantahan.

"Saya bimbang jika pilihan raya lalu rakyat telah memberi signal yang jelas kepada kerajaan agar jangan mempermainkan rakyat, kali ini rakyat bakal memberi signal kepada kerajaan untuk berundur dengan kenaikan harga minyak ini,"

Tuesday, June 3, 2008

Mahkamah wajar tentukan etika akhbar

Kebebasan akhbar di negara ini masih berada di tahap yang begitu mengecewakan malah membimbangkan apabila etikanya disandarkan hanya bergantung kepada persepsi dan tafsiran pihak kerajaan semata-mata tanpa menggunakan saluran undang-undang yang sedia ada.

Sewajarnya etika akhbar ini haruslah ditentukan oleh mahkamah dan bukannya atas bidang kuasa pihak kerajaan yang dilihat seolah-olah berkepentingan dalam menyekat kebebasan akhbar di negara ini.

Sesebuah akhbar dihadkan, dihentikan penerbitan atau tidak diperbaharui permit oleh kerajaan hanya berdasarkan kepada tafsiran sahaja dan bukannya diputuskan oleh mahkamah.

Sepatutnya akhbar diberi kebebasan maksimun untuk menerbitkan sebarang artikel dan sebarang kecuaian atau ketidak puasahati pembaca atau rakyat amnya mestilah dibawa kemahkamah untuk menetukan sama ada akhbar terbabit beretika atau sebaliknya

Sepatutnya Harakah atau mana-mana akhbar alternatif diberikan permit untuk terbit secara kerap dan dibiarkan bersaing dengan media arus perdana malah tidak wajar didiskriminasikan. "Jika ianya disekat, maklumat dan pandangan pihak ketika tidak akan sampai dengan cukup untuk membentuk minda rakyat supaya membuat keputusan secara seimbang".